PENEMUAN KAPAK EMAS DI MALAYSIA
Disebuah kampung utara semenanjung tinggal sepasang suami isteri yang tua dan daif. Namun kecekalan mereka mengharungi hidup menjadi contoh buat masyarakat. Pak Kassim, 68 tahun atau lebih dikenali sebagai Pak Kassim Tulang Besi bersama isterinya Mak Munah, 63 tahun menyara hidup melalui jualan kayu api sahaja.
Namun pada suatu hari ketika Pak Kassim mejunu ke arah bukit untuk mencari kayu api melalui tepi Tasik Melati, tiba-tiba kakinya tergelincir dan menyebabkan kapak usangnya terjatuh ke dalam tasik tersebut dan menyebabkan hatinya merasa resah kerana kapak itulah satu-satunya alat untuknya mencari nafkah.
Tatkala sedang dia menangis, muncul pari-pari tasik dan bertanya kepadamya, "kenapa pakcik menangis?".
Dengan terkejutnya melihat pari-pari itu Pak Kassim menjawab dengan nada ketakutan, "kapak saya, kapak saya terjatuh ke dalam tasik".
Pari-pari terus menyelam ke dalam tasik dan mengeluarkan kapak perak, "Ini kah kapaknya?".
Pak Kassim hanya menggelengkan kepala sambil menyatakan bahawa itu bukan kapak miliknya.
Pari-pari itu menyelam lagi dan mengeluarkan kapak emas, namun Pak Kassim tetap mengatakan bahawa ianya bukan kapak miliknya. Dan akhir sekali pari-pari itu mengeluarkan kapak yang usang, terus Pak Kassim menjerit, "itulah kapak milik saya".
Pari-pari tersenyum menyatakan bahawa Pak Kassim berhati mulia dan Pak Kassim dihadiahkan kedua-dua kapak tadi iaitu kapak perak dan emas serta dipulangkan kapak usang miliknya.
Dan pada keesokannya, Pak Kassim membawa Mak Munah kerana ingin menunjukkan tempat dimana dia bertemu pari-pari yang diceritakannya semalam.
Sedang mereka berjalan, tiba-tiba Mak Munah tersadung akar kayu lalu terjatuh ke dalam tasik dan tenggelam ke dasarnya.
Pak Kassim yang tidak pandai berenang hanya mampu menangis teresak-esak kerana bersalah membawa Mak Munah ke tasik itu, dan Pak Kassim merasakan bahawa dialah punca semua ini terjadi.
Tiba-tiba muncul Pari-pari tasik lalu bertanya kepada Pak Kassim, "kenapa menangis begitu sekali, apa yang telah terjadi".
Pak Kassim menjawab, "saya amat sayangkan isteri saya dan tak mampu hidup tanpa isteri saya Munah. Tapi isteri saya telah terjatuh kedalam tasik...". Pak Kassim terus menangis kerana terlalu sayangkan isterinya.
Pari-pari sedih melihat Pak Kassim lalu menyelam mendapatkan isterinya. Dan apabila dikeluarkan isterinya dari tasik Pari-pari pun bertanya, "adakah ini isteri tuan hamba".
Dengan tersenyum Pak Kassim tersenyum menyatakan, "Ya, itulah isteri saya"
Pari-pari terus marah, "Pak Kassim! ini Emma Maembong bukan isteri Pak Kassim, kenapa kamu sanggup berbohong".
Pak Kassim pun menjawab, "Kalau saya kata bukan nanti Pari-pari bawakan beyonce, saya tak pandai cakap omputih, lagi satu mana larat nak jaga tiga isteri. Dapat Emma Maembong pun dah syukur alhamdulillah, saya tak nak tamak-tamak Pari-pari".
Pari-pari terdiam sambil memikirkan bahawa ada benarnya juga kata-kata Pak Kassim itu, lalu menyerahkan Emma Maembong kepadanya.
Pak Kassim pun pulang dengan bahagianya.......