Akhirnya filem Cicakman 3D akan memulakan pengambarannya 15 Ogos 2013 ini. Dan yang menariknya Zizan Razak akan mengantikan Saiful Apek untuk sekuel ini, bukanya remake.
Tetapi Lisa Surihani pula buat apa dalam filem ni. Aduh...nak tengok Lisa atau Zizan yang hidung terlebih mancung tu.
Apa-apa pun diharapkan filem yang akan dihasilkan nanti akan lebih menarik dengan jalan cerita yang lebih hebat.
Mungkin ada yang dah lupa dengan bandar Metrofulus...
Agak-agaknya bagaimana rupa bandar Metrofulus dalam cerita ini kerana dikhabarkan Cicakman dalam filem ni dah jadi sejarah dalam ingatan penduduk Metrofulus.
Sebagai ringkasan buat pembaca, Cicakman 3 menceritakan tentang Man, seorang peminat tegar Cicakman yang berpesonaliti kebudak-budakan dan amat suka menyimpan pelbagai barangan kenangan Cicakman disamping bermain permainan. Akibat bosan dengan sikap kurang bertanggungjawabnya itu, isterinya Linda membuat keputusan untuk meninggalkan bersama-sama dengan anak lelakinya Boboy yang berumur lapan tahun. Bertambah teruk lagi apabila kawan lamanya Adam, mengambil kesempatan untuk memenangi hati Linda. Didalam kekecohan itu Man telah terjumpa kotak kepunyaan Cicakman dan dari situ dia mula belajar untuk menjadi Cicakman yang baru di Metrofulus yang sudah mempunyai SuperBro. Menurut cinema.com.my
SuperBro? siapa SuperBro ni? Adakah penganti Rama atau Professor Clone?
Inilah kelainan yang dikatakan oleh Yusri
Namun demikian Cicakman boleh dibanggakan kerana dapat ditayangkan di DisneyChannel, walaupun artis yang bertanggungjawab melakukan tugas alih suara itu agak kaku.
Semoga filem Cicakman 3 lebih mantap dengan CGInya, skripnya, Cinematography, Suntingannya dan yang paling penting semua pelakon yang terlibat, tidak kira sama ada Utama, Jemputan, Pembantu, Sokongan atau sebagainya. Kerana semua itu amat membantu.




No comments:
Post a Comment