Saturday, 24 August 2013

Utaraman Bro dengan Ahli Silap Mata UpTown Bandar Perda


Orang kata UpTown bandar Perda, Bukit Mertajam di Pulau Pinang memang meriah walaupun selepas hari raya. Jadi MG pun pergi sana dengan kawan MG, Utaraman Bro (gambar kanan) dan kawan saya ni memang cekap dengan tempat-tempat macam ni.


Buktinya, kalau pegi mana pun mesti ada kawan punya. Rasa macam berjalan dengan YB Utaraman pulak

Kalau sesiapa yang teringin datang kesini, jangan lupa membeli-belah, murah...

Tapi bukan itu yang MG nak cerita kat sini, yang menariknya kami jumpa seorang kawan dia ni yang juga salah seorang peniaga di Uptown disini.

Kawan Utaraman ini kalau setiap kali jumpa pasti akan ada saja benda yang nak dia tunjukkan, dan kali ini dia buat silap mata pula.

Menarik juga lihat dia buat silap mata tu selepas penat berjalan. Jadi MG nak kongsi la pengalaman melihat silap mata dia tu disini.

Selamat menonton....


No comments:

Post a Comment