Thursday, 20 March 2014

KAPAK EMAS DI MALAYSIA

PENEMUAN KAPAK EMAS DI MALAYSIA

Disebuah kampung utara semenanjung tinggal sepasang suami isteri yang tua dan daif. Namun kecekalan mereka mengharungi hidup menjadi contoh buat masyarakat. Pak Kassim, 68 tahun atau lebih dikenali sebagai Pak Kassim Tulang Besi bersama isterinya Mak Munah, 63 tahun menyara hidup melalui jualan kayu api sahaja.

Namun pada suatu hari ketika Pak Kassim mejunu ke arah bukit untuk mencari kayu api melalui tepi Tasik Melati, tiba-tiba kakinya tergelincir dan menyebabkan kapak usangnya terjatuh ke dalam tasik tersebut dan menyebabkan hatinya merasa resah kerana kapak itulah satu-satunya alat untuknya mencari nafkah.

Tatkala sedang dia menangis, muncul pari-pari tasik dan bertanya kepadamya, "kenapa pakcik menangis?".

Dengan terkejutnya melihat pari-pari itu Pak Kassim menjawab dengan nada ketakutan, "kapak saya, kapak saya terjatuh ke dalam tasik".

Pari-pari terus menyelam ke dalam tasik dan mengeluarkan kapak perak, "Ini kah kapaknya?".

Pak Kassim hanya menggelengkan kepala sambil menyatakan bahawa itu bukan kapak miliknya.

Pari-pari itu menyelam lagi dan mengeluarkan kapak emas, namun Pak Kassim tetap mengatakan bahawa ianya bukan kapak miliknya. Dan akhir sekali pari-pari itu mengeluarkan kapak yang usang, terus Pak Kassim menjerit, "itulah kapak milik saya".

Pari-pari tersenyum menyatakan bahawa Pak Kassim berhati mulia dan Pak Kassim dihadiahkan kedua-dua kapak tadi iaitu kapak perak dan emas serta dipulangkan kapak usang miliknya.

Dan pada keesokannya, Pak Kassim membawa Mak Munah kerana ingin menunjukkan tempat dimana dia bertemu pari-pari yang diceritakannya semalam.

Sedang mereka berjalan, tiba-tiba Mak Munah tersadung akar kayu lalu terjatuh ke dalam tasik dan tenggelam ke dasarnya.

Pak Kassim yang tidak pandai berenang hanya mampu menangis teresak-esak kerana bersalah membawa Mak Munah ke tasik itu, dan Pak Kassim merasakan bahawa dialah punca semua ini terjadi.

Tiba-tiba muncul Pari-pari tasik lalu bertanya kepada Pak Kassim, "kenapa menangis begitu sekali, apa yang telah terjadi".

Pak Kassim menjawab, "saya amat sayangkan isteri saya dan tak mampu hidup tanpa isteri saya Munah. Tapi isteri saya telah terjatuh kedalam tasik...". Pak Kassim terus menangis kerana terlalu sayangkan isterinya.

Pari-pari sedih melihat Pak Kassim lalu menyelam mendapatkan isterinya. Dan apabila dikeluarkan isterinya dari tasik Pari-pari pun bertanya, "adakah ini isteri tuan hamba".

Dengan tersenyum Pak Kassim tersenyum menyatakan, "Ya, itulah isteri saya"

Pari-pari terus marah, "Pak Kassim! ini Emma Maembong bukan isteri Pak Kassim, kenapa kamu sanggup berbohong".

Pak Kassim pun menjawab, "Kalau saya kata bukan nanti Pari-pari bawakan beyonce, saya tak pandai cakap omputih, lagi satu mana larat nak jaga tiga isteri. Dapat Emma Maembong pun dah syukur alhamdulillah, saya tak nak tamak-tamak Pari-pari".

Pari-pari terdiam sambil memikirkan bahawa ada benarnya juga kata-kata Pak Kassim itu, lalu menyerahkan Emma Maembong kepadanya.

Pak Kassim pun pulang dengan bahagianya.......

Saturday, 24 August 2013

Utaraman Bro dengan Ahli Silap Mata UpTown Bandar Perda


Orang kata UpTown bandar Perda, Bukit Mertajam di Pulau Pinang memang meriah walaupun selepas hari raya. Jadi MG pun pergi sana dengan kawan MG, Utaraman Bro (gambar kanan) dan kawan saya ni memang cekap dengan tempat-tempat macam ni.


Buktinya, kalau pegi mana pun mesti ada kawan punya. Rasa macam berjalan dengan YB Utaraman pulak

Kalau sesiapa yang teringin datang kesini, jangan lupa membeli-belah, murah...

Tapi bukan itu yang MG nak cerita kat sini, yang menariknya kami jumpa seorang kawan dia ni yang juga salah seorang peniaga di Uptown disini.

Kawan Utaraman ini kalau setiap kali jumpa pasti akan ada saja benda yang nak dia tunjukkan, dan kali ini dia buat silap mata pula.

Menarik juga lihat dia buat silap mata tu selepas penat berjalan. Jadi MG nak kongsi la pengalaman melihat silap mata dia tu disini.

Selamat menonton....


Tuesday, 13 August 2013

Top 10 Filem Malaysia 2012

1.
Adnan Sempit 2
METROWEALTH PICTURES



 2.
Jalan Kembali
SKOP DAN GRAND BRILLIANCE



 3.
Mael Lambong
EXCELLENT PICTURES



4.
Istanbul Aku Datang
GRAND BRILLIANCE & RED FILMS



5.
Hantu Gangster
PRODIGEE MEDIA SDN BHD




6.
Hantu Kapcai
KRU STUDIOS SDN. BHD




7.
Aku Terima Nikahnya
METROWEALTH PICTURES SDN. BHD



8.
Bujang Terlajak
LINECLEAR MOTION PICTURES




9. 
Jangan Pandang-Pandang
EXCELLENT PICTURES



10. 
Seefood 
SILVER ANT
 









Monday, 12 August 2013

Saiful Apek tiada dalam Cicakman 3D?


Akhirnya filem Cicakman 3D akan memulakan pengambarannya 15 Ogos 2013 ini. Dan yang menariknya Zizan Razak akan mengantikan Saiful Apek untuk sekuel ini, bukanya remake.


Tetapi Lisa Surihani pula buat apa dalam filem ni. Aduh...nak tengok Lisa atau Zizan yang hidung terlebih mancung tu. 

Apa-apa pun diharapkan filem yang akan dihasilkan nanti akan lebih menarik dengan jalan cerita yang lebih hebat. 

Mungkin ada yang dah lupa dengan bandar Metrofulus...


Agak-agaknya bagaimana rupa bandar Metrofulus dalam cerita ini kerana dikhabarkan Cicakman dalam filem ni dah jadi sejarah dalam ingatan penduduk Metrofulus.

Sebagai ringkasan buat pembaca, Cicakman 3 menceritakan tentang Man, seorang peminat tegar Cicakman yang berpesonaliti kebudak-budakan dan amat suka menyimpan pelbagai barangan kenangan Cicakman disamping bermain permainan. Akibat bosan dengan sikap kurang bertanggungjawabnya itu, isterinya Linda membuat keputusan untuk meninggalkan bersama-sama dengan anak lelakinya Boboy yang berumur lapan tahun. Bertambah teruk lagi apabila kawan lamanya Adam, mengambil kesempatan untuk memenangi hati Linda. Didalam kekecohan itu Man telah terjumpa kotak kepunyaan Cicakman dan dari situ dia mula belajar untuk menjadi Cicakman yang baru di Metrofulus yang sudah mempunyai SuperBro. Menurut cinema.com.my

SuperBro? siapa SuperBro ni? Adakah penganti Rama atau Professor Clone?

Inilah kelainan yang dikatakan oleh Yusri

Namun demikian Cicakman boleh dibanggakan kerana dapat ditayangkan di DisneyChannel, walaupun artis yang bertanggungjawab melakukan tugas alih suara itu agak kaku.


Semoga filem Cicakman 3 lebih mantap dengan CGInya, skripnya, Cinematography, Suntingannya dan yang paling penting semua pelakon yang terlibat, tidak kira sama ada Utama, Jemputan, Pembantu, Sokongan atau sebagainya. Kerana semua itu amat membantu.



Monday, 5 August 2013

Aksi artis Malaysia terpaksa memasak

Boleh memasak artis-artis ni?
Kompilasi artis-artis yang terpaksa memaksa dalam rancangan memasak. Menarik....